Friday 31 July 2015

Filled Under:

[WAJIB BACA] Bapa Runsing, Tarikh Bertolak Ke China Untuk Pembedahan Anak Sudah Dekat Tapi..


SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak Syafiqah Dalili, 2, telah disahkan menghidapi penyakit Biliary Atresia (kegagalan fungsi hati) selepas tiga bulan dilahirkan.

Menurut bapanya, Mohd Razali Samsuddin, 39, yang bekerja sebagai pemandu lori, beliau kini agak runsing memikirkan nasib anaknya ini kerana perlu menjalani pembedahan secepat mungkin kerana keadaan Syafiqah ini semakin teruk.


 Beliau amat risau kerana doktor telah menetapkan tarikh 8 Ogos ini agar Dalili dibawa ke China.

“Saya risau sebab dana masih tak cukup dan anak saya perlu segera dihantar ke China untuk jalani pembedahan,” 

 "Tapi masalahnya saya masih lagi gagal dapatkan RM300,000 yang diperlukan untuk kos pembedahan keseluruhan.

“Disebabkan masalah dana ini, doktor cuma benarkan saya tangguh seminggu saja, lepas tu nak tak nak pembedahan ke atas Dalili perlu diteruskan," katanya.

Kisah adik Syafiqah ini pernah disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian dan hasil kutipan sehingga kini mampu terkumpul RM230,000 hasil sumbangan orang ramai dan beberapa saluran kerajaan.


“Saya memerlukan lagi RM 70,000 tetapi masa dah suntuk sebab nak tak nak saya mesti juga hantar Dalili ke China sebelum pelbagai komplikasi lain yang berkaitan dengan penyakitnya itu muncul.” 

“Saya dah tak tau lagi nak minta pada siapa sebab bantuan daripada zakat dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah dan Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar pun saya dah terima,” katanya.

Keadaan Syafiqah buat masa sekarang masih stabil cuma terdaapt masalah kekuningan berpunca masalah hati yang dideritainya.

Orang ramai yang ingin membantu adik Syafiqah boleh berbuat demikian dengan menyumbang bantuan kewangan ke:

(21259000011319) RHB
Mohd Razali Samsudin dan Zalina Abdul Rahim

 (158396006111) Maybank
Mohd Razali Samsudin

Alamat rumah:
No 23 lorong hulubalang 9D/ks7 taman sentosa klang, Selangor
Bagi mereka yang hendak menghubungi Encik Mohd Razali Samsudin boleh membuat panggilan ke talian 012-6681849 atau lawat ke Facebook Donation for Nur Syafiqah Dalili. - Siakapkeli.my




0 comments:

Post a Comment