Saturday 22 August 2015

Filled Under:

[MESTI TENGOK] (6 Gambar) Tindakan Dua orang Gadis Beri Minum Susu Kepada Anak Anjing Dapat Perhatian Netizen



Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Dato Paramathayalan Naidu telah memuatnaik beberapa gambar dilaman yang memaparkan nilai kemanusiaan dua dua orang gadis yang memberi minum susu kepada anak-anak anjing.




Foto tersebut menerima pelbagai reaksi dari pelbagai bangsa dan agama yang memuji tindakan dua orang gadis berkenaan lantas mendoakan mereka dengan perkara-perkara yang baik.




Kalau dilihat dari sudut pandangan Islam, anjing tergolong dalam Najis Mughallazah iaitu yang paling berat. Namun begitu, Islam tidak mengajar umatnya untuk berlaku zalim terhadap mana-mana binatang lebih-lebih lagi jika keadaan memerlukan.

Menerusi gambar tersebut, gadis itu dilihat memegang haiwan tersebut bukan dengan berlapik di mana tidak bersentuhan terus dengan kulit. Kita mungkin tidak tahu ada sesuatu yang terjadi kepada ibu anak-anak anjing berkenaan yang membuatkan kedua-dua gadis tersebut menyelamatkannya.




0 comments:

Post a Comment