Tuesday 3 November 2015

Filled Under:

[12 Gambar] GEMPAR!! Wanita Menyerupai Rosmah Ditemui !!!

 

SEORANG gadis berusia 18 tahun yang dipercayai warga Poland tiba-tiba menjadi perbualan hangat dek kerana dikatakan memiliki wajah mirip persis isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Hal tersebut sekali gus menyebabkan laman sosial Instagram milik gadis Eropah Timur itu yang menggunakan nama Laast_Soong ini menjadi buruan rakyat Malaysia.
Untitled2
Malah, menerusi ruangan komen netizen Malaysia dilihat meninggalkan banyak komen memaklumkan hal itu kepada gadis berkenaan.
“Ada sesiapa bagitahu awak tak, wajah awak mirip isteri perdana menteri kami ketika muda?” tulis Lulu_95_x.
“Awak sekarang menjadi terkenal di negara kami (Malaysia) kerana wajah awak iras dengan isteri perdana menteri kami… di Facebook ramai yang bercerita pasal awak. Apa-apa pun, awak sangat cantik!”.
Datin Seri Rosmah Mansor
Datin Seri Rosmah Mansor
Beberapa hari lalu, gambar gadis ini menjadi viral di media sosial namun gerangan pemilik gambar tersebut tidak diketahui.
Berikutan itu, pada awalnya, ramai yang beranggapan gambar gadis tersebut adalah gambar wajah Rosmah ketika zaman mudanya.
Bagaimanapun, segalanya terjawab apabila Instagram gadis itu dijumpai dan diketahui ramai.






0 comments:

Post a Comment