Tuesday 5 January 2016

Filled Under:

PEJABAT ZAKAT MANA? IKLAN KUTIP ZAKAT LAJU JE... ORANG SUSAH TAK RETI NAK CARI..!!!





Dipetik dari Facebook: Suzamre Cheseman

" Saya ada 7 orang anak, 3 daripadanya OKU, 2 meghidap Tallasemia. Nak beli susu anak pon tak mampu.. Tolonglah saya. Kami tinggal dalam pondok kecil di tepi hutan"

Mendengar rintihan ringkas itu, saya membuat keputusan untuk menzirahi keluarga ini. Rumah mereka terletak di Kemubu dekat Dabong, Gua Musang. Agak jauh ke pedalaman. Menysuri rel keretapi hingga ke kawasan hutan. Agak terlindung dari pandangan. Sungguh saya melihat titi kecil yang dibina merentangi parit dalam untuk ke rumahnya.

Bila ke hujan, air akan bertakung di dalam parit yang dalamnya kira-kira 9 kaki. Rumah mereka yang selayaknya di panggil bangsal, kedengaran riuh rendah anak-anak mereka sedang mengulangkaji pelajaran.



Oleh kerana tiada ruang yang selesa di bangsal kecil itu, anak-anak mereka hanya duduk di bawah pokok di depan rumah dengan hanya beralaskan tikar. Tiada secalit pun rasa malu di wajah anak-anak itu.

Sebaliknya mereka hanya ketawa sesama mereka berbual sesuatu tentang buku mereka. Sungguh kagum semangat ibu kepada 7 anak ini yang masih mampu memberikan didikan kepada anak-anak walaupun dalam keadaan melarat sebegitu.

Saya meniti 3 anak tangga masuk ke dalam rumah mereka. Kelihatan satu ruang yang sangat sempit tetapi semuanya tersusun kemas dan rapi. Perlahan-lahan saya memijak gelegar buluh takut kalau-kalau runtuh. Patutlah anak-anak di suruh bermain di luar rumah.

Menurutnya lagi.. bangsal itu sebenarnya rosak teruk akibat banjir. Sudah lama tidak diduduki. Suaminya meminta kebenaran membaiki perbelanjaan yang meningkat untuk rawatan anak. Mereka tiada pilihan lain selain pindah ke bangsal buruk itu.

Lihatlah. Anda lihatlah sendiri..







Mereka anak beranak sudah selalu berpindah randah, dari merata tempat. Hanya Kerana nasib mereka mempunyai 3 orang anak OKU. Orang kampung tak suka, anak-anaknya mempunyai sikap yang berubah-ubah. Kadang-kadang Ok, kadang-kadang garang sampai bergaduh-gaduh.

Pergi sekolah pun cikgu tak tahan. Di suruh berhenti. Sekarang baru mula belajar di sekolah pendidikan khas berhampiran. Tapi katanya untuk ke sekolah anak-anaknya perlu tambang RM1.50 seorang. Jika hasil menoreh suaminya sedikit anak-anak OKU itu tidak akan ke sekolah. Bertambah malang lagi anak ke 6 dan ke 7 pula disahkan menghidap Tallasemia.




Katanya dia terpaksa berikan susu sejat yang di bancuh cair untuk mereka menyusu kerana tiada wang untuk membeli susu tepung.

Menurut doktor yang merawat anak-anaknya, penyakit itu bertambah teruk jika anak-anaknya meminum susu sejat, namun apakan daya.. Keluarganya tidak bernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Jika kehabisan beras, dia akan meminta pada Imam Zaki di kampung itu. Tapi kadang-kadang mereka menahan sahaja lapar kerana segan asyik meminta.

Marilah sama-sama mewar-warkan kesusahan mereka ini agar mendapat perhatian yang sewajarnya.

Sumber: aviralharian




0 comments:

Post a Comment