Wednesday 30 November 2016

Filled Under:

Sebarkan Supaya Ramai Yang Dapat Membantu Adik Ini.



Anak bongsu cikgu vokal terkenal Siti Hajar Ismail, Muhammad Afif Abdul Halim, 16, terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi Isnin kemarin di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang.

Menurut Ibu mangsa (Siti Hajar), Afif yg kini berada di Unit Rawatan Rapi icu Hospital Kuala Lumpur masih kritikal & masih belum sedarkan diri.

Katanya, Afif sudah menjalani pembedahan kecil memasukkan tiub dalam kepala petang semalam bagi memantau keadaannya.

“Sy dapat penggilan kira2 jam 2.30am yang mengatakan Afif kemalangan. Ketika itu sy baru selesai urusan kerja di sebuah hotel kat Kuala Lumpur.

“Doktor memaklumkan kepada sy keadaan anak sy sangat kritikal kerana ada darah beku dalam otak & tekanan pada bahagian itu sangat2 tinggi.

“Buat masa ini, doktor nak pastikan keadaan anak sy stabil sebelum mengambil langkah rawatan seterusnya,” kata siti hajar ismail.

Doktor ada memaklumkan kepada sy tidak pasti bila anak sy kembali sedar.

“Menurut doktor lagi.. kami sekeluarga tidak boleh berharap Afif sedar dalam waktu terdekat ini. Malah, setiap kali melihatnya kami tidak digalakkan untuk bercakap kerana bimbang akan memberi tekanan pada otaknya.

“Doktor meminta saya bersabar dan banyakkan berdoa kepada Allah SWT. Dalam masa yang sama doktor akan berusaha memastikan anak sy tidak terlalu lama berada dalam keadaan koma,” sy memohon orang ramai mendoakan anak sy kembali pulih. Al-fatihah






0 comments:

Post a Comment